Dalam Bayang

Dalam bayang
Rasa itu begitu melayang
Dalam bayang
Semua sempurna tak berhalang

Rindu terungkap
Peluk terperangkap
Kecup tak sudah
Senyum tak bergundah

Semua nan lenyap, kembali
Semua harap, terjadi
Seluruh cemas, tlah pergi
Pun ragu, tlah mati

Hanya indah menyeluruh
Hilangkan pelbagai gemuruh
Hanya indah kukatakan
Hanya bayang, bukan kenyataan